Saturday, August 13, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET MEMANAH PELAPIS SERANTAU ZON UTARA

Tarikh : 12 Ogos 2011
Masa : 4.00 - 4.45 pm
Tempat : Politeknik Seberang Perai

Ketika pemantauan 5 orang atlet sedang menjalani latihan bersama jurulatih En. Gatot. Latihan hanya dijalankan pada sebelah petang, kerana atlet bersekolah pada waktu pagi. Sesi latihan sepanjang bulan Ramadan ini bermula jam 4.00 - 6.30 pm. Kenderaan untuk sesi latihan ini diuruskan oleh warden akademi yang akan menghantar & mengambil selepas latihan.

Latihan dilihat berjalan baik & lancar. Latihan 30 meter dijalankan pada hari ini. Jurulatih ada memaklumkan supaya dapatlah kiranya dibekalkan sekurang-kurangnya tiga (3) 'target cover' untuk target-target butt ini. Selain daripada itu, jurulatih juga memohon untuk diadakan sesi psikologi untuk atlet-atlet ini. Perkara ini diambil maklum & perbincangan bersama ISN Satelit PP akan dilakukan.





















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved