Tuesday, June 21, 2011

PERJUMPAAN ATLET & PENYERAHAN ELAUN LATIHAN

Dikesempatan saya berada di Seremban, Negeri Sembilan pada 17hb sehingga 20hb Jun 2011, saya mengambil peluang berjumpa dengan atlet elit sukan memanah yang berada di MSN Bukit Jalil dan MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur. Saya juga menyerahkan cek elaun bulanan atlet elit 2011/2012 kepada 3 atlet memanah yang menjalani latihan di Kuala Lumpur. Atlet-atlet tersebut adalah :-

MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur

1. Muhammad Fareez Bin Rosli - Elit

MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur

1. Mohamad Firdaus Bin Ishak - Pelapis Kebangsaan
2. Mohd Faris Haziq Bin Shuhaimi - Pelapis Kebangsaan


Dimaklumkan juga, Muhammad Fareez baru sahaja menyertai Kejohanan Memanah Europe Grand Prix 2011 dan Mohamad Firdaus & Mohd Faris Haziq juga baru pulang dari menyertai 3rd Asian Archery Grand Prix & Asian Youth Arcehry Championship 2011 di Dhaka, Bangladesh.

Atlet-atlet mengucapkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan dan sokongan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang diatas sumbangan setiap bulan yang diberikan dan cuba memberikan yang terbaik pada Sukma yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Shasha Tarmuzi







0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved