Friday, June 17, 2011

PEMANATAUAN PPN - PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 16hb Jun 2011 [Khamis]
Masa Latihan : 6.30 petang - 8.30 malam
Masa Pemantauan : 7.25 malam - 8.47 malam
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.

Kehadiran :
7 dari 10 Atlet Pelapis, 3 dari 14 Atlet Skuad SUKMA
JSM Albert Yeoh Seng Poh

LAPORAN RINGKAS :

JSM Albert Yeoh mengendalikan latihan untuk kedua-dua program [Pelapis Negeri dan Skuad Latihan SUKMA] kerana JLN MSNPP Kim Eun Jung mengiringi Atlet Skuad Latihan SUKMA ke Singapore menyertai Kejohanan 5th Singapore Sport School Opulent International Bowling Championship 2011.

PERJUMPAAN BERSAMA JSM DAN PERKARA YANG DIBINCANGKAN :

1. PPN - Selaku Penyelara MSNPP mempersoalkan 4 orang Atlet Skuad Latihan SUKMA 2012 yang tidak hadir menjalani latihan kerana yang menyertai Kejohanan di Singapore hanya 7 orang atlet sahaja.

JSM Albert : Memaklumkan Atlet Skuad SUKMA 2012 yang tidak hadir kerana seorang tidak sehat, seorang lagi telah digugurkan dari Skuad Latihan SUKMA kerana tidak menghadiri latihan selama lebih satu bulan tanpa sebarang makluman walaupun pihak PTBPP telah menghantar email kepada beliau dan dua orang lagi masalah pengangkutan. Bagi Atlet Pelapis Negeri 3 orang atlet telah di keluarkan dari Program Pelapis Negeri atas kehendak atlet sendiri.

2. Perbincangan tentang Bajet dan Masalah Kenderaan untuk ke Kejohanan "Sportexcel NSC/MILO/MTBC Malaysian Tenpin Bowling Junior Circuit 2011" di Pahang dan Johor dalam bulan Julai.

3. Untuk mendapatkan resit-resit perbelanjaan kejohanan yang telah disertai untuk menyediakan laporan pelarasan [Perak Leg] bagi Pelapis Negeri dan Skuad Latihan SUKMA 2012.

4. PPN - Memaklumkan kepada JSM Albert Yeoh untuk mengkaji semula jumlah atlet di bawah selian beliau dan jika ada sebarang perubahan jumlah atlet sila maklumkan didalam laporan bulan. Pihak USPTN akan mengemaskini rekod / maklumat atlet dalam bulan Julai 2011.

5. Di akhir pemantauan berjumpa dengan atlet dan keluarga atlet yang hadir, bertanyakan khabar dan ada apa-apa perkara yang ingin di bincangkan. Tiada perkara yang dibangkit dari kedua-dua pihak.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved