Monday, June 27, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN IMPLEMENTASI PROGRAM PERIODISASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG OLEH ISN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 24 Jun 2011
Tempat : Kompleks Silat Batu Uban
Masa : 5.00 petang
Atlet :10 atlet lelaki dan 2 atlet wanita
Jurulatih : En Zahari bin Tahir dan En Abd Shukor bin Darus

Kehadiran Atlet : 12orang

Sesi pemantauan ISN ke PLN Berbasikal diketua oleh En Thung Jin Seng. Turut hadir bersama pada sesi ini En Munir Bin Ismail (Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang). Untuk sesi latihan hari ini, sesi suaian fizikal yang dikendalikan oleh jurulatih En Zahari dan En Abd Shukor. Sesi ini dijalankan di Kompleks Silat kerana Gimnasium MSNPP masih dalam pengubahsuaian.

En. Thung mengadakan perbincangan dengan jurulatih mengenai program latihan yang dijalankan pada masa ini. Pihak ISN lebih menumpukan kepada pemerhatian dan perbincangan mengenai program latihan yang dijalankan oleh jurulatih bagi mengkaji dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan dalam program latihan jurulatih untuk penambahbaikan semasa pembentangan pada Bengkel Periodisasi Siri 2/2011 yang akan diadakan pada 16 dan 17 Julai 2011.

Hamidi Lokman



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved