Monday, June 27, 2011

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN KETIKA UJIAN DEHIDRASI OLEH ISNM & ISN P.PINANG

Program : Dehydration Test / Simulation During Traning
Ujian Dijalankan Oleh : Institut Sukan Negara Malaysia bersama ISN Pulau Pinang
Masa : 9.00 am - 3.30 pm
Masa Pemantauan : 11.00 am - 3.30 pm
Venue : PLN Batu Uban, Pulau Pinang

Seramai 21 atlet telah menjalani ujian yang dijalankan oleh pihak ISNM & ISN Pulau Pinang. ISNM diketuai oleh En. Thung Jin Seng & ISN P.Pinang diketuai oleh En.Cheah Boon Chong. Ujian ini dijalankan untuk melihat tahap dehidrasi setiap atlet ketika latihan dijalankan. 3 ujian dijalankan iaitu :-

1. Ujian air kencing (Urine Test) - Sebelum & Selepas
2. Timbang Berat Badan
3. Heart Rate Monitoring


Hasil keputusan daripada ujian yang dijalankan, akan dimaklumkan oleh pihak ISN kelak. Pihak pasukan memanah amat mengalu-alukan kedatangan pihak ISN bagi membantu meningkatkan prestasi atlet2 dan hasil perbincangan bersama pihak ISN, akan ada program susulan pada masa akan datang.

Selain itu, kehadiran pihak ISNM juga adalah untuk memantau pelaksanaan program periodisasi jurulatih2 iaitu En. Jaffery Low & Cik Shamani Ganesen. Ini adalah untuk memastikan jurulatih2 mengikut pelan periodisasi yang telah dirangka dan melaksanakan nya mengikut apa yang dirancang. Sekian dulu laporan dari padang memanah Pulau Pinang. TQ

Shasha Tarmuzi



























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved