Thursday, June 16, 2011

MESYUARAT KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA DUNIA 2011 PULAU PINANG

Tarikh : 15 Jun 2011

Masa : 2.30 pm

Tempat : Penang International Sports Arena (PISA)


Adalah dianggarkan penyertaan sebanyak 70 negara dan sebanyak 700 orang atlet untuk menyertai kejohanan ini. Kejohanan Angkat Berat Dunia Junior ini akan berlangsung pada 30 Jun hingga 8 Julai 2011.


Hotel Equatariol Bukit Jambul merupakan penginapan atlet untuk kejohanan ini. Penginapan ini akan diuruskan oleh Persatuan Angkat Berat Amatur Pulau Pinang. Sehubungan itu, pada 20 Jun 2011 lawatan venue pertandingan dan pemeriksaan peralatan kejohanan serta sidang akhbar akan diadakan bagi mempromosikan kejohanan ini.


Untuk makluman tetamu kehormat terdiri daripada Presiden Negara Nairu dan Menteri Negara yang menyertai kejohanan ini. Majlis Perasmian dan Jamuan Makan Malam akan diadakan pada 29 Jun 2011 dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.


Pihak Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang seperti SUKPP, MPPP, Jabatan Pelajaran Negeri, PDRM, Jabatan Imigresen, Kastam, Jabatan Penjara, Malaysia Air Port Berhad telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan kejohanan ini.


Negeri Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan kejohanan yang berprestij sebanyak 3 kali berturut-turut. Adalah menjadi harapan pembangunan sukan angkat berat di Pulau Pinang jika dapat diperkasakan semula setelah pihak Persatuan berjaya menganjurkan kejohanan ini.


Sekian.


Ahmad Firdaus Yusoff







0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved