Monday, June 27, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN IMPLEMENTASI PROGRAM PERIODISASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG OLEH ISN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 26 Jun 2011
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Masa : 10.30 pagi
Atlet : 8 atlet lelaki dan 5 atlet wanita
Jurulatih : En Ivarn Syazwan dan En Ahmad Fahmie

Kehadiran Atlet : 13 orang

Sesi pemantauan ISN ke PLN Menembak diketua oleh En Thung Jin Seng, En. Lim Ming Lip, En Ahmad Asmadi dan Ketua Unit ISNPP En Cheah Boon Chong. Untuk sesi latihan hari ini, satu pertandingan dalaman bulanan diadakan untuk ranking dan pemilihan ke Kejohanan Menembak Pelapis Negeri sirkit 2/2011 yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Julai 2011 di Batu Pahat Johor.

Team ISN yang diketuai oleh En. Thung mengadakan perbincangan dengan jurulatih (En. Ivarn) mengenai program latihan yang dijalankan pada masa ini. Pihak ISN lebih menumpukan kepada pemerhatian dan perbincangan mengenai program latihan yang dijalankan oleh jurulatih bagi mengkaji dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan dalam program latihan jurulatih untuk penambahbaikan semasa pembentangan pada Bengkel Periodisasi Siri 2/2011 yang akan diadakan pada 16 dan 17 Julai 2011.

Sesi soal jawab pihak ISN dan atlet juga didakan di hujung sesi ini untuk memberi peluang kepada atlet bertanya tentang latihan fizikal yang sesuai dengan sukan menembak.

Hamidi Lokman
























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved