Tuesday, June 21, 2011

LAPORAN RINGKAS SPORTEXCEL NSC/MILO JUNIOR CIRCUIT 2ND LEG 2011

Program : Sportexcel/Milo/Nsc Junior Swimming Circuit 2nd Leg 2011
Tarikh : 18hb & 19hb Jun 2011
Venue : Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Pasukan Pulau Pinang telah menghantar seramai 35 perenang dibawah kelab Bukit Jambul (BJCC) bagi menyertai kejohanan kali ini. Kejohanan ini adalah kesinambungan daripada kejohanan 1st Leg yang diadakan di Shah Alam, Selangor pada bulan April yang lepas. Seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk kejohanan sportexcel hanya ada 2 sirkit dan sirkit akhir hanya menghimpunkan perenang terbaik yang mempunyai placing 1 hingga 16 dan menggunakan sistem points untuk setiap placing.

Dimaklumkan juga, undang2 kejohanan menggunakan undang2 FINA. Kejohanan ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :-

a. Umur 10 tahun kebawah
b. Umur 11 & 12 tahun
c. Umur 13 & 14 tahun


Kesemua pasukan yang menyertai adalah daripada mana2 kelab renang yang berdaftar dibawah Persatuan Renang Amatur Kebangsaan (ASUM). Acara yang dipertandingkan adalah :-

a. 50m & 100m Gaya Bebas (Freestyle)
b. 50m & 100m Gaya Kupu2 (Butterfly)
c. 50m & 100m Gaya Kuak Lentang (Backstroke)
d. 50m & 100m Gaya Kuak Dada (Breaststroke)


Seramai 15 perenang yang layak untuk ke Grand Final SportExcel yang akan diadakan pada Julai 2011. Maklumat penuh keputusan saya lampirkan didalam pelarasan kejohanan. TQ

Shasha Tarmuzi
























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved