Thursday, March 10, 2011

PEMANTAUAN PLN - TENPIN BOWLING

Tarikh : 8hb Mac 2011 [Selasa]
Masa : 7.20 malam hingga 8.40 malam
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet Pelapis : 7/12 orang (58%)
Kehadiran Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 : 11/14 orang (79%)

SELAKU PPN/SDO - MEMANTAU LATIHAN ATLET PELAPIS NEGERI

Atlet Pelapis Negeri yang menjalani latihan di Daerah Pulau seramai 12 orang di bawah jagaan JSM Mr. Yeoh Seng Poh, Albert. Hasil dari pemantauan mendapati komitment JSM kepada atlet-atlet yang hadir memuaskan.

Disiplin dan komitment dalam menjalani latihan yang di tunjukan oleh atelt kepada JSM memuaskan. Mendapati kekurangan kehadiran atlet kerana Peperiksaan Penggal Pertama.

Di akhir pemantauan PPN/SDO berjumpa dengan atlet yang hadir dan JSM Mr. Albert Yeoh telah mengadakan Mesyuarat bersama Atlet-Atlet Pelapis untuk memaklumkan ketiadaan beliau dari 15hb - 19hb Mac 2011 kerana mengiring Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 ke Kejohanan ASTRO 24th Malaysian Interstates Tenpin Bowling Championship 2011 di Selangor dan pengantian hari latihan.

Pengantian latihan seperti berikut :

Latihan pada 15hb Mac 2011 [Selasa] di ganti pada 11hb Mac 2011 [Jumaat]
Latihan pada 17hb Mac 2011 [Khamis] di ganti pada 25hb Mac 2011 [Jumaat]
Latihan pada 17hb Mac 2011 [Sabtu] di ganti pada 12hb dan 26hb Mac 2011 dengan menambah 1 jam latihan.



SELAKU PENYELARAS SUKAN MSNPP - MEMANTAU LATIHAN ATLET SKUAD LATIHAN SUKMA XV 2012

Jumlah keseluruhan Atlet di dalam Skuad Latihan SUKMA XV 2012 setakat ini seramai 17 orang dan yang menjalani latihan di Pulau Pinang seramai 14 orang.

Semasa pemantauan mendapati JLN Ms. Kim telah memberikan sepenuh komitment beliau untuk menunjuk dan mengajar atlet-atlet tentang teknik dan skil untuk persedian ke Kejohanan 35th National Championship dan ASTRO 24th Malaysian Interstates Championship 2011.

Disiplin, komitment dan semangat sepasukan yang ditunjukan oleh atlet semasa latihan memuaskan.

Diakhir pemantauan telah mengadakan perjumpaan bersama Atlet dan JLN untuk memaklumkan kehadiran Tuan Pengarah pada 10hb Mac 2011 pada pukul 5.30 petang. Tuan Pengarah ingin berjumpa dengan Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 sebelum berangkat atlet berangkat ke Selangor pada 11hb Mac 2011.

Pada hari yang sama PTBPP telah memberikan pakaian kepada atlet, jurulatih dan penyelaras untuk di pakai semasa kejohanan di Selangor.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL














0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved