Thursday, March 31, 2011

'ROAD SHOW' TID SUKAN TINJU

Tarikh : 30hb Mac 2011 [Rabu]

Masa : 8.15 pagi - 10.15 pagi

Tempat : SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad, Gelugor, Pulau Pinang.

Kehadiran Murid : 52 orang [37 - berminat dan 15 - tidak berminat]

Kehadiran Pegawai :

Setiausaha Kehormat PSN [En. Arujunan] JLN MSNPP [En. Jhonny Kasiran] Penyelaras Sukan Tinju MSNPP [En. Hj. Ahmad Khosaini] Pegawai Pembangunan Negeri [PPN Cik Fatimah Jamil]

Kehadiran Guru-guru :

Cikgu Mohd Arif Abdullah [PK HEM] Cikgu Pethaperumal [PK KOKO] Cikgu K. Surendran Cikgu Ribdzuan

Aturcara Program :

1. Sesi memperkenalkan diri pegawai-pegawai kepada murid-murid.

2. Sesi Taklimat Sukan Tinju oleh Penyelaras Sukan MSNPP

3. Sesi memperkenalkan Peralatan Tinju oleh JLN MSNPP

4. Pembentangan "Slide" mengenai Program/Aktiviti Tinju oleh PPN

5. Sesi Demonterasi Meninju dari atlet [pelajar sekolah tersebut] oleh Setiausaha PSN

6. Sesi Pendaftaran murid-murid.

7. Jamuan pagi yang disediakan oleh pihak sekolah.

8. Perjumpaan dan perbincangan bersama Pengetua [Pn. Noraihan]

Tindakan susulan kepada 37 orang murid yang berminat akan dibuat selepas sebulan. Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Memaklumkan kepada Pengetua Sekolah bahawasanya peninju yang berjaya kebanyakannya adalah dari SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Pengetua Sekolah, Guru-Guru, Murid-Murid dan Unit Sukan JPN atas kerjasama dan layanan yang diberi kepada pihak USPTNPP, MSNPP dan PSN untuk menjayakan program yang telah dirancang. Semoga perhubungan yang baik ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.


Laporan Oleh ; Fatimah Jamil












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved