Thursday, March 24, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TINJU

Tarikh : 23hb Mac 2011 [Rabu]
Masa : 5.10 petang hingga 7.15 malam
Tempat : PLN Tinju, Komplek Sukan Titi Mukim, SPT
Kehadiran : 4 Atlet Lelaki dan JSM Zainuddin

Dalam perjalanan untuk ke PLN Tinju hujan turun dengan lebat sekali. Mendapati empat orang atlet yang hadir untuk menjalani latihan. Kekurangan atlet dari menjalani latihan yang dimaklumkan oleh JSM kerana ada yang mengikuti Program PLKN dan memberi tumpuan kepada pelajaran untuk persedian peperiksaan PMR dan SPM. Jumlah atlet yang akan menduduki peperiksaan PMR - 7 dan SPM - 2 pada tahun 2011 dari PLN Tinju Titi Mukim.

Tindakan PPN - akan menghubungi atlet dan membicangkan hari-hari yang mereka boleh menghadirkan diri untuk menjalani latihan.

Perbincangan bersama JSM Zainuddin.

1. JSM - Menunjukan Besi Sokongan Lantai Gelanggang Tinju yang patah dan hilang itu diganti dengan kayu oleh beliau untuk sementara waktu. Persoalan beliau sampai bila kayu itu akan bertahan?

PPN - Memaklumkan bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak Persatuan Negeri dan MSNPP dan kini masih menunggu keputusan.

PPN- Meminta JSM Zainuddin dan Atlet membersihkan dibawah kawasan Gelanggang Tinju dan di persekitaran tempat latihan.

JSM - Memaklumkan kerja-kerja pembersihan dijalankan sekali seminggu.

2. JSM - Memohon untuk mengganti dan memperbaiki Getah Pergelangan Glove seperti yang berwarna merah yang telah rosak kepada glove berwarna biru (contoh gambar seperti lampiran).

PPN - Meminta JSM mendapatkan jumlah glove yang rosak dan sebut harga untuk memperbaiki untuk setiap pasang dan akan membincangkan dengan pihak MSNPP.

3. PPN - Memaklumkan "Pengumpulan Profile Atlet Tahun 2011" bagi Sukan Tinju dan meminta nama atlet yang dirasakan mempunyai potensi di masa hadapan di peringkat negeri. Beliau telah memberikan tiga nama dari PLN Titi Mukim dan menyerahkan borang soal selidik untuk diisi oleh atlet tersebut.


4. PPN - Menyerahkan Perancangan Program/Aktiviti Sukan Tinju Tahun 2011 seperti dilampiran dan memaklumkan kepada JSM sebarang perubahan tarikh dan program/aktiviti akan dimaklumkan.

Diakhir pemantauan telah mengadakan perjumpaan bersama Atlet dan JSM dan mengucapkan terima kasih atas komitment yang telah ditunjukkan oleh atlet dan berharap agar atlet meneruskan menjalani latihan dari masa ke masa.
Laporan Oleh ; Fatimah Jamil














0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved