Thursday, March 24, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON

Tarikh : 23hb Mac 2011 [Rabu]
Masa : 3.10 petang hingga 4.40 petang
Tempat : PLN Badminton, Dewan PBA Bukit Dumbar, Penang.
Kehadiran : 5 Atlet Lelaki, 2 Atlet Perempuan dan JSM Tony Tan.

Mendapati atlet menjalani latihan bersunguh-sunguh bersama JSM Tony Tan. Latihan yang dijalankan seperti :

1. Multi Shuttle [menggunakan 20 bulu tangkis sebanyak 6 kali setiap atlet]
2. 1 Vs 2
3. 1 Vs 3
4. 2 Vs 2

JPM Razlan tidak menjalankan latihan pada hari tersebut kerana cuti sakit. PPN mengambil kesempatan waktu beramah mesra bersama atlet dan keluarga atlet yang hadir.

PPN telah melawat JSM Loh Bok Seang kebetulan berada di Kedai Peralatan Sukan yang terletak di dalam Dewan PBA dan memaklumkan kepada beliau untuk menghantar lapuran bulanan tidak lewat dari 3hb pada setiap bulan.

JSM Loh Bok Seang memaklumkan untuk berhenti dari JSM Pelapis Negeri kerana sibuk dengan urusan pekerjaannya.

PPN - memaklumkan supaya beliau berbincang dengan Pihak Persatuan Negeri.

Perbincangan bersama JSM Tony Tan.

PPN - Berbincang dengan JSM Tony Tan tentang "Pengumpulan Profile Atlet Tahun 2011" bagi Sukan Badminton dan meminta lima nama atlet yang dirasakan mempunyai potensi di masa hadapan di peringkat negeri. Perkara ini dipanjangkan perbincangan bersama JPM Razlan pada pagi 24hb Mac 2011 di Pejabat USPTN.

Pukul 4.40 petang telah berangkat ke PLN Tinju di Titi Mukim, Seberang Perai Tengah.












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved