Monday, March 14, 2011

TENPIN BOWLING ; PENGARAH TURUN PADANG

Tarikh : 10hb Mac 2011 [Khamis]
Masa : 5.35 petang hingga 6.40 petang
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 7 Lelaki dan 6 Perempuan [11 dari 13 adalah Atlet Pelapis]

Selaku Penyelaras Sukan Tenpin Boling telah mengatur satu perjumpaan Tuan Pengarah MSNPP bersama Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.

Perjumpaan ini bertujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada Atlet-Atlet yang akan ke Kejohanan 35th National Championship dan 24th Malaysian Interstate 2011 pada 11hb - 19hb Mac 2011 di Selangor.

Sepanjang sesi perjumpaan bersama Tuan Pengarah, beliau banyak memberikan nasihat dan berkongsi pengalaman dan ilmu beliau tentang Sukan Boling. Tuan Pengarah juga memaklumkan kepada atlet bertapa pentingnya Fizikal, Skill dan Kekuatan Mental jika mahu menjadi seorang atlet yang baik dan berjaya.

Tuan Pengarah telah memberikan kata-kata perangsang kepada atlet supaya Jangan Cepat Berputus Asa dan Teruskan Perjuangan Hingga Penamat. Sesi Perjumpaan bersama Tuan Pengarah di akhiri dengan sorakan yang penuh bersemangat dan ucapan terima kasih dari atlet-atlet.

Harapan agar atlet-atlet yang hadir dapat mengambil iktibar dari kata-kata Tuan Pengarah sebagai penyuntik semangat mereka semasa menghadapi kejohanan nanti.

Jurulatih Ms. Kim tidak dapat bersama dalam perjumpaan bersama Tuan Pengarah kerana sibuk dengan urusan untuk memeriksa dan memperbaiki peralatan atlet [bola boling] yang akan digunakan semasa kejohanan nanti.

Selesai dari sesi perjumpaan bersama Tuan Pengarah, atlet-atlet meneruskan latihan seperti biasa.

Diakhir pemantauan, selaku Penyelaras Sukan telah bertanyakan kepada Jurulatih tentang disiplin dan komitment atlet dan juga jika ada permasalahan yang di hadapai oleh beliau sendiri.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL
















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved