Monday, July 16, 2018

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN GIMRAMA 2ND VITRIGO INTERNATIONAL CUP 2018

Tarikh : 11 hingga 15 Julai 2018 (Rabu hingga Ahad)
Tempat : Stadium Juara, Bukit Kiara Kuala Lumpur

Kelab Gimnastik FMG dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia dan Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimrama 2nd Vitrigo International Cup Malaysia pada 11 hingga 15 Julai 2018 (Rabu hingga Ahad) bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 12 Julai 2018 bermula jam 5.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokan pagi. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Kejohanan kali ini telah melibatkan atlet daripada luar negara antaranya Korea, Thailand, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Taiwan, manakala 6 negeri dari Malaysia juga mengambil bahagian antaranya Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor dan Sabah. Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori Junior dan U12. Pendaftaran telah dilakukan seramai 4 orang gimnas iaitu Ong Wei Yee, Evelyn Foo Yifei, Victoria Manalang Tan Fu Hui dan Caitlin Cheah Pei Syuen.

Pasukan Pulau Pinang bertanding pada 12 hingga 15 Julai 2018 dan pertandingan pada setiap hari akan bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 7.00 malam .Pada kejohanan ini, gimnas Ong Wei Yee mengambil bahagian bagi kategori Junior manakala yang lain berada dalam kategori U12. Bagi kejohanan kali ini seorang gimnas hanya wajib mengambil 3 acara apparatus berbanding empat apparatus yang acap kali dijalankan. Berikut merupakan keputusan bagi atlet pelapis Pulau Pinang:

Ong Wei Yee (Junior)
Belantan - 6.517 (15/29)
Gelung - 7.017 (9/16)
Bola - 7.833
Individu Keseluruhan - 21.367 (23/32)

Caitlin Cheah Pei Syuen ( U12)
Gelung - 10.017 (1/9)
Riben - 5.600 (4/7)
Belantan - 7.600 (7/12)
Individu Keseluruhan - 23.217 (9/19)

Evelyn Foo Yi Fei (U12)
Gelung - 7.450 (5/9)
Bola - 8.217 (3/9)
Belantan - 4.983 (11/12)
Individu Keseluruhan - 20.650 (16/19)

Victoria Manalang Tan Fu Har (U12)
Gelung - 7.233 (6/9)
Freehand - 9.083 (12/17)
Belantan - 4.800 (12/12)
Individu Keseluruhan - 21.117 (15/19)

Secara keseluruhan pasukan Pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 1 Emas dan 1 pingat Gangsa, namun begitu terdapat banyak kelemahan yang perlu dibaiki dan mereka perlu menjalani latiahn dengan lebih terutama sekali akan memberi penumpuan seterusnya kepada SUKMA PERAK 2018. Pihak PPN turut mengucapkan tahniah kepada gimnas, jurulatih dan persatuan yang sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan prestasi sukan Gimrama di Pulau Pinang dengan usaha sama MSNPP serta USPTNPP.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved