Friday, July 6, 2018

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN GIMRAMA SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018

Tarikh : 4 Julai 2018 (Rabu)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Hari ini merupakan hari terakhir untuk 4 orang gimnas dari pasukan Pulau Pinang melakukan apparatus bola dalam kategori pre-junior pada sesi pagi hari ini, dan majlis penyampaian hadiah bermula pada pukul 2.30 petang.

Dalam kategori pre-junior alat bola, Caitlin Cheah Pei Syuen mendapat markah 8.70, Evelyn Foo Yifei mendapat markah 4.95, Victoria Manalang Tan Fu Hui mendapat markah 7.05 dan Tan En Qi mendapat markah 4.85. Dengan prestasi yang memuaskan dan selepas membuat latihan yang secukup, Caitlin Cheah Pei Syuen mendapat tempat ketiga bagi alat bola. Selain itu, 4 gimnas dari kategori pre-junior telah memenangi tempat kedua dalam acara kumpulan. Caitlin Cheah Pei Syuen juga mendapat tempat ketiga dalam individu keseluruhan.

Prestasi gimnas dari kategori pre-junior telah meningkat sebab mereka membuat latihan yang cukup. Caitlin Cheah, Evelyn Foo dan Victoria Manalang juga menjalankan latihan di Kuala Lumpur dan akan mengambil bahagian dalam kejohanan SUKMA 2018 pada bulan September 2018.

Oleh itu, jumlah keseluruhan pungutan pingat bagi kejohanan kali ini ialah 1 Perak dan 6 Gangsa. Terdapat banyak kesilapan dan gimnas perlu meningkatkan prestasi mereka dengan menjalani latihan yang lebih baik di pusat latihan negeri bersama jurulatih, tumpuan diberikan kepada gimnas yang akan ke SUKMA PERAK September ini.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved