Monday, July 2, 2018

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN GIMRAMA SPORTEXCEL-MSN-MILO-MGF SIRI 1/2018

Tarikh : 29 hingga 30 Jun 2018 (Jumaat & Sabtu)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimrama Sport Excel-MSN-MILO-MGF Siri 1/2018 pada 29 hingga 30 Jun 2018 (Jumaat hingga Sabtu) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 29 Jun 2018 bermula jam 3.00 petang dan pertandingan akan bermula pada 5.30 petang. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 10.30 hingga 11.30 petang.

Sebanyak 6 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur,Selangor, Pahang, Perak,Sabah dan Pelapis Kebangsaan. Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori Junior. Pendaftaran telah dilakukan seramai 5 orang gimnas iaitu Nicole Cheng Qi Ern, Ong Wei Yee, Evelyn Foo Yifei, Nur Syaziana Soffia dan Victoria Manalang Tan Fu Hui.

Hanya 3 gimnas dari pasukan Pulau Pinang bertanding pada sesi petang 29 Jun 2018 dan pertandingan bagi sesi pagi tamat pada pukul 8.30 malam, manakala pada sesi pagi 30 Jun 2018 seramai 2 orang pelapis Pulau Pinang bertanding dan pertandingan tamat pada jam 6.30 petang.Pada kejohanan ini, kelima-lima gimnas Pula Pinang mengambil bahagian dalam kategori JUNIOR. Berikut merupakan keputusan bagi atlet pelapis Pulau Pinang:

Bola
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.900 (36/51)
Nicole Cheng Qi Ern - 7.600 (29/51)
Evlyn Foo Yi Fei - 7.700 (28/51)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 5.950 (42/51)

Belantan
Ong Wei Yee - 6.950 (29/53)     
Nicole Cheng Qi Ern - 9.150 (17/53)
Evlyn Foo Yi Fei - 5.050 (48/53)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 6.850 (30/53)
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.350 (35/53)

Gelung
Ong Wei Yee - 6.550 (37/54)
Nicole Cheng Qi Ern - 10.200 (9/54)
Evlyn Foo Yi Fei - 4.100 (53/54)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 5.800 (43/54)
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.100 (38/54)

Riben
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 7.450 (19/52)
Nicole Cheng Qi Ern - 8.700 (14/52)
Evlyn Foo Yi Fei - 6.150 (35/52)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 5.250 (43/52)

Individu Keseluruhan
Ong Wei Yee - 13.500 (hanya mengambil dua acara)
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 27.200 (28/55)
Nicole Cheng Qi Ern - 35.650 (9/55)
Evlyn Foo Yi Fei - 23.000 (40/55)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 23.850 (38/55)

Gimnas Caitlin Cheah Pei Syuen telah menarik diri di saat akhir daripada pertandingan ini kerana beliau akan menumpukan perhatian kepada pertandingan seterusnya. Gimnas Evelyn Foo Yifei mengalami kecederaan di buku lali semasa menjalani latihan bersama jurulatih beliau di Kuala Lumpur pada 29 Jun 2018 dan menjalani fisioterapi pada 30 Jun 2018. Kejohanan kali ini memberi impak yang besar kepada gimnas kerana pertukaran jurulatih separuh masa yang berlaku dan tidak menjalani latihan yang cukup seperti negeri lain. Selain daripada itu, kejohanan ini telah melibatkan atlet di peringkat kebangsaan yang memberi cabaran yang tinggi kepada gimnas pelapis Pulau Pinang untuk menandingi mereka yang hebat. Namun begitu, seorang gimnas daripada Pulau Pinang iaitu Nicole Cheng Qi Ern telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dimana beliau berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke 9 dalam kategori individu keseluruhan daripada 55 orang gimnas yang bertanding.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved