Monday, July 2, 2018

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMRAMA SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018

Tarikh : 1 Julai 2018 (Ahad)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimrama Kebangsaan Siri 1/2018 pada 1 hingga 4 Julai 2018 (Ahad hingga Rabu) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan kejohanan ini telah dijalankan pada 29 Jun 2018 bersama dengan kejohanan sportexcel yang lepas bermula jam 3.00 petang dan pertandingan bermula pada hari ini bagi kategori pre junior gelung & belantan, U9 bola & belantan, U11 bola & freehand, dan U7 freehand & riben.

Sebanyak 10 negeri dan 3 negara luar telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pahang, Sabah, Perak, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, China, Russia, dan India.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori pre Junior dan U11. Bgai keputusan hari ini pasukan pelapis Pulau Pinang menunjukkan peningkatan yang baik dengan memenangi 2 gangsa walaupun 2 orang gimnas mendapat markah yang rendah kerana difficulty yang terlalu tinggi telah diberikan oleh JSM yang baru dan gimnas tidak dapat melakukan dengan baik pada kejohanan ini. Berikut merupakan keputusan pada hari pertama:

U11
Bola
Nuralynn Mohd Shaari - 2.600
Iris Tan Yi Hong - 2.600
Lee Jing Ying - 3.250
Nicole Cheng Qi Ern - 8.550

U11
Freehand
Nuralynn Mohd Shaari - 5.050 (26/26)
Iris Tan Yi Hong - 6.700 (24/26)
Lee Jing Ying - 5.300 (25/26)
Nicole Cheng Qi Ern - 9.850 (3/26)

PRE JUNIOR
Gelung
Caitlin Cheah Pei Syuen - 9.050
Evelyn Foo Yi Fei - 6.250
Victoria Manalang Tan Fu Har - 6.500
Tan En Qi - 5.050

PRE JUNIOR
Belantan
Caitlin Cheah Pei Syuen - 9.150 (5/27)
Evelyn Foo Yi Fei - 5.450 (23/27)
Victoria Manalang Tan Fu Har - 5.550 (21/27)
Tan En Qi - 4.050 (26/27)

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved