Friday, October 13, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 10 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pm - 9.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 5 Orang

LATIHAN
1. Risk Toss
2. Balance
3. Routine

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Dalaman MJAPP 2017 sempena Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2017 di Akademi Gimrama MSNPP
2. Karnival Bakat 2/2017 pada 22 hingga 26 November 2017 di Pahang
3. Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit Kedua pada 26 hingga 27 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
4. Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28 bermula pada 27 hingga 28 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
5. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan kerana masih ada dua orang atlet menjalani peperiksaan.
2. Pada hari ini 10 Oktober 2017 JSM Cik Mah Kah Yi telah memberi surat perletakan jawatan beliau yang akan berkuatkuasa pada 9 November 2017 kerana beliau tidak dapat menanggung bebanan kerja hakiki. Tambahan lagi sekarang beliau telah diarahkan oleh pihak atasan untuk mengambil peperiksaan yang disediakan.
3. Jurulatih memaklumkan prestasi atlet kurang memuaskan serta risau mereka mengambil bahagian dalam kejohanan yang mendatang memandangkan tiada lagi jurulatih untuk mengajar mereka.
4. Pihak persatuan telah dimaklumkan hal berkenaan dan berusaha dalam mencari JSM yang baru.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved