Thursday, October 5, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 4 Oktober 2017 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan  

KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi Bin Azizan - JSM
2. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN  

ATLET
1. 20 orang penguji

LATIHAN
1. Split
2. Pengerakan 8 Penjuru
3. Kawalan Bola
4. Percubaan (Hantaran & Merejam)
5. Percubaan (Tekong & Mengumpan)

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Pasukan Pulau Pinang menjadi Naib Johan kategori bawah 16 tahun di Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan 2017 yang telah berlangsung pada Pusingan Akhir di Quill City Mall Kuala Lumpur.

UJIAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Telah menerima peralatan kecil daripada pembekal iaitu bola, jaring dan punching bag.
2. Jurulatih memohon bumbung untuk menutup tepi gelanggang supaya tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Semasa pemantauan, satu sesi Ujian Pemilihan Atlet (TID) bagi sukan Sepaktakraw telah dapat dijalankan pada 4 Oktober 2017 (Rabu). Ujian tersebut bagi mengenalpasti bakat baru untuk kemasukan bagi tahun 2018. Antara ujian yang dijalankan adalah Split, Pengerakan 8 Penjuru, Kawalan Bola, Hantaran, Merejam, Tekong, Mengumpan.
2. Pihak Unit telah menerima peralatan kecil daripada pembekal. Antara peralatan yang dibeli adalah bola (34 biji), Jaring (4 unit) dan punching bag. PPN akan membuat penyerahan peralatan pada minggu hadapan.
3. PPN telah memaklumkan kepada jurulatih tarikh awal Karnival Bakat Siri 2/2017 yang dijangka pada 23 hingga 26 November 2017 di Pahang.
4. PPN juga telah memanjangkan Surat Panggilan Mesyuarat JKK Bil 2/2017 kepada Pengurus Sukan, Persatuan Sukan Kebangsaan, Persatuan Sukan Negeri, ISNPP, MSNPP, JBSNPP melalui email pada 5 Oktober 2017. Cadangan mesyuarat akan diadakan pada 25 Oktober 2017 jam 3.00 petang di MSNPP.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved