Monday, October 30, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 27 Oktober 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 pm - 11.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP
3. Yeoh Beng Choo - Penolong Setiausaha MJAPP

ATLET
1. 7 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Pivot
3. Balance
4. Leap
5. Routine

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat Siri 2/2017 yang akan berlangsung di Pahang pada 22 hingga 26 November 2017.
2.  Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit Kedua pada 26 hingga 27 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
3. Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28 bermula pada 27 hingga 28 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
4. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Bengkel Nutrisi yang telah dijalankan pada 25 Oktober 2017 yang lepas bagi atlet gimrama dan gimnastik oleh pihak ISNPP.
2. Bengkel Psikologi yang dimohon sepatutunya dijalankan pada 26 Oktober 2017, pihak ISNPP memohon PPN untuk menunda tarikh tersebut kerana pegawai tersebut berada di Kuala Lumpur buat masa sekarang.

ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan memandangkan peperiksaan mula tamat dan atlet dapat fokus kepada latihan yang dijalankan.
2. JSM Cik Mah Kah Yi yang akan tamat berkhidmat pada 9 November 2017 memaklumkan beliau sedang berusaha keras dalam memberi gimnas rutin yang yang perlu diingat setiap individu dengan apparatus masing-masing sebelum beliau menamatkan perkhidmatan sebagai JSM.
3. Pihak PPN juga memohon JSM yang bakal digantikan iaitu Lee Xin Ee untuk berjumpa dengan Cik Mah Kah Yi untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan sepanjang dua tahun beliau bersama pasukan pelapis Pulau Pinang.
4. Puan Yeoh Beng Choo turut memaklumkan seorang gimnas iaitu Victoria Manalang Tan Fu Hui yang melanjutkan pelajaran dan latihan di Shenyang Sports School akan kembali ke Malaysia diatas sebab pekerjaan ibu beliau serta akan berjumpa jurulatih pada 30 Oktober 2017 jam 4.00 petang untuk menilai prestasi beliau sebelum ke kejohanan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved