Tuesday, October 24, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 24 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pg – 10.00 pg
Tempat : Chinese Swimming Club (CSC), Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Lim Jun Ting - JSM
2. Ho Heen Ming - Jurulatih Chinese Swimming Club (CSC)
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 2 orang

LATIHAN
1. Land Exercise
2. Warm Up
3. Freesytle  Sprints & Kick
​4​. Backstroke drill

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
​-Tiada-​

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa dan mengikut program yang telah disusun oleh jurulatih.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan disebabkan atlet bersekolah pagi dan menghadapi peperiksaan akhir tahun.
3. Tarikh Mesyuarat JKK USPTN Bil 2/2017 yang dijangka pada 26 Oktober 2017 terpaksa ditunda kepada tarikh 7 November 2017. Tarikh tersebut ditunda atas sebab Lawatan Penilaian Prestasi USPTN Pulau Pinang bermula 25 hingga 26 Oktober 2017.
4. Pihak Persatuan masih belum menggunakan kuota kejohanan yang telah diperuntukkan pada tahun ini. Kelulusan kuota kejohanan adalah sebanyak 3 kejohanan. Mengikut takwim tahunan hanya tinggal 1 kejohanan yang boleh disertai oleh atlet Pelapis iaitu 36th National Inter-Club Swimming Championships - President Cup pada 24 hingga 26 November 2017 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
5. Jurulatih mencadangkan agar peruntukkan kewangan kejohanan dapat disalurkan kepada PPN atau jurulatih sendiri bagi memudahkan pelarasan. Keputusan akan diputuskan di dalam Mesyuarat JKK Bil 2/2017.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved