Thursday, October 5, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 3 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 7.30 pm - 9.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 2 Orang

LATIHAN
1. Risk Toss
2. Balance
3. Routine

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Dalaman MJAPP 2017 sempena Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2017 di Akademi Gimrama MSNPP
2. Karnival Bakat 2/2017 pada 22 hingga 26 November 2017 di Pahang
3. Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit Kedua pada 26 hingga 27 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
4. Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28 bermula pada 27 hingga 28 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
5. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet tidak memuaskan memandangkan beberapa atlet mengambil cuti daripada latihan selama dua minggu untuk menumpukan kepada sesi peperiksaan yang berlangsung dan seorang gimnas kurang sihat.
2. JSM MSNPP iaitu Cik Mah Kah Yi tidak dapat menanggung tanggungjawab beliau sebagai jurulatih lagi kerana komitmen pekerjaan dimana bermula Oktober dan bulan seterusnya beliau akan menjalani ujian banking yang telah ditaja oleh majikan dan memerlukan lebih banyak tumpuan dalam pekerjaan.
3. Jurulatih juga memaklumkan beliau tidak dapat menghadirkan diri dalam apa-apa kejohanan yang disertai oleh gimnas. Ole itu, beliau memaklumkan lebih baik meletakkan jawatan daripada tidak dapat memberikan komitmen.
4. Kekangan jurulatih yang tidak dapat dicari oleh pihak MJAPP sehingga sekarang akan memberi kesan yang besar kepada gimnas sekiranya JSM MSNPP meletakkan jawatan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved