Monday, October 2, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 30 September 2017 (Sabtu)
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : Kelab Menembak Negeri Pulau Pinang

 KEHADIRAN
1. Faizah Abdul Aziz – Jurulatih lantikan KMPP
2. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Menembak
3. Galina Stefanova – Jurulatih lantikan MSNPP

ATLET
1. 16 orang atlet pembangunan

LATIHAN
1.Warm up & stretching
2.Air pistol
3.Air rifle
4.Cooling down

PERTANDINGAN
Perlawanan persahabatan bersama pasukan Perak yang dijadualkan pada 21 Oktober 2017 terpaksa ditunda berikutan pelajar terlibat dengan persediaan peperiksaan.

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Terdapat beberapa jaket dan kasut sudah tidak sesuai lagi digunakan.

PROGRAM BINAAN
Akan mengadakan kelas psikologi,pemakanan sukan dan ujian kecergasan siri 2/2017 pada bulan oktober ini.Jangkaan tarikh program pada 19 Oktober. Namun tertakluk pada perubahan semasa.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran agak memuaskan berikutan pelajar terlibat aktiviti sekolah.
3. Setelah berbincang dengan pihak persatuan, MQS akan diadakan pada 14 Oktober 2017. Ia ditunda bagi mengadakan kejohanan tertutup sempena Hari Sukan Negara 2017.
4. Secara keseluruhan, semua dalam keadaan baik dan penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved