Wednesday, July 19, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 18 Julai 2017 (Selasa)
Masa : 3.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian Seberang Perai Selatan  

KEHADIRAN
1. Syed Roslan Bin Syed Khalid - JSM
2. Ahmad Rahimi Bin Azizan - JSM
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN  

ATLET
1. 32 orang  

LATIHAN
1. Warm Up
2. Break Ball ikut posisi regu
3. Rejaman silang
4. Warm Down 

KECEDERAAN
1. Jurulatih memaklumkan bahawa seorang atlet Muhammad Hafiz Aiman terlibat satu kemalangan kecil. Keadaan beliau dalam keadaan stabil dan masih menunggu laporan pemeriksaan atlet tersebut.

PERTANDINGAN
1. 9 atlet baru selesai menyertai Kejohanan SSN Sport Challenge Bawah 14 Tahun yang berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2017 di Sekolah Sukan Perlis.

UJIAN
- Ujian Kecergasan sukan Sepaktakraw Bil 2/2017 akan dijalankan pada 20 Julai 2017 (Khamis) di SMK Mutiara Impian. Ujian tersebut akan dibantu sepenuhnya oleh ISNPP, MSNPP & USPTNPP.

PERALATAN
1. Memerlukan beberapa peralatan seperti bola dan jaring. Pihak Unit masih menunggu sebutharga daripada pembekal.
2. Jurulatih memohon bumbung untuk menutup tepi gelanggang supaya tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih iaitu setiap hari kecuali sabtu dan ahad.
2. Kehadiran atlet dan jurulatih amat memuaskan.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa Kejohanan Sepaktakraw Sirkit Akhir ditunda kepada tarikh 7 hingga 9 Ogos 2017 di Kompleks Sukan MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur.
4. Pelajar tingkatan 3 & 5 turun menjalani latihan lewat disebabkan baru selesai kelas tambahan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved