Tuesday, July 4, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

 Tarikh : 3 Julai 2017 (Isnin)
Masa : 3.30 pm hingga 6.00 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Muhammad Ammar (JSM)
2. Khoo Teng Hin (JPM USPTNPP)
3. Aaron Soyza (JPM MSNPP)
4. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 28 orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan PBA 15TH Penang Junior Open 2017 yang sedang berlangsung pada 30 Jun 2017 hingga 5 Julai 2017 di NDISC

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kejohanan PBA 15TH Penang Junior Open 2017 menerima penyertaan yang memberangsangkan dengan menerima sebanyak 536 penyertaan dalam 10 kategori yang dipertandingkan. Antara kategori yang dipertandingkan ialah lelaki dan waina bawah 11 tahun, lelaki dan wanita bawah 13 tahun, lelaki dan wanita bawah 15 tahun, lelaki dan wanita bawah 17 tahun serta akhir sekali lelaki dan wanita bawah 19 tahun.
2. Hari ini merupakan hari keempat pertandingan dan seramai 28 orang atlet Pelapis Pulau Pinang menyertai kejohanan pada kali ini iaitu 16 orang lelaki dan 12 orang wanita.
3. Jurulatih turut memaklumkan terdapat beberapa orang atlet yang dikategori dalam umur yang lebih tinggi daripada umur atlet yang perlu bertanding untuk memberi pendedahan dan usaha yang lebih. Selain daripada itu, jurulatih mengikut ranking dan prestasi atlet sebelum memilih atlet bagi bertanding dalam mana-mana kategori.
4. Semasa PPN menjalankan pemantauan atlet pelapis Pulau Pinang iaitu Nur Aliah Izati Bt Muhammad Anis telah berjaya mengalahkan pihak lawan dari Hong Kong iaitu Yung Siu Yung dalam peringkat suku akhir.
5. PPN turut mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet-atlet yang lain yang akan bertanding.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved