Wednesday, July 19, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 18 Julai 2017 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Gelanggang Tinju PLN Titi Mukim, Penaga, Kepala Batas

KEHADIRAN
1. Zainuddin Bin Zakaria (JSM)
2. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)

ATLET
1. 6 Orang atlet

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Shadow boxing and stepping
3. Tumbukan (Jab, upper cut, hook)
4. Tumbukan (Punching bag)
5. Cooling down

UJIAN
· Tiada

PERTANDINGAN
· Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2017 pada 17 hingga 23 Julai 2017 di Dewan Majlis Daerah Pekan Sik, Kedah

KECEDERAAN
· Tiada

PERALATAN
· Memerlukan peralatan latihan seperti sparring glove dan skipping rope

PROGRAM BINAAN
· Tiada

ULASAN
1. Seorang atlet pelapis negeri iaitu Mohamad Nur Hakim Bin Abdul Aziz menyertai Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2017 pada 17 hingga 23 Julai 2017 di Dewan Majlis Daerah Pekan Sik, Kedah. 
2. SDO telah dimaklumkan oleh bahagian kewangan MSN Pulau Pinang bahawa LO bagi bantuan naik taraf/membaiki lantai gelanggang tinju PLN Titi Mukim telah dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab memantau kerja-kerja naik taraf. Kontraktor dijangka akan memulakan proses kerja menaik taraf gelanggang dalam masa terdekat.
3. Empat orang atlet telah mendaftar di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara Malaysia pada tarikh 10 Julai 2017. Kejayaan empat orang atlet ini diharap menjadi pemangkin atlet-atlet remaja yang lain untuk terus menjalani latihan dan mencatat kejayaan di kejohanan yang bakal disertai pada masa akan datang.
4. Jurulatih memohon peralatan latihan iaitu sparring glove kerana sprring glove yang digunakan telah rosak dan terkoyak.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved