Monday, July 3, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 22 Jun 2017 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Gelanggang Tinju PLN Titi Mukim, Penaga, Kepala Batas

KEHADIRAN
1. Zainuddin Bin Zakaria (JSM)
2. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)

ATLET
1. 8 Orang atlet

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Shadow boxing (Pairs)
3. Tumbukan (Punching bag)
4. Cooling down

UJIAN
· Tiada

PERTANDINGAN
· Tiada

KECEDERAAN
· Tiada

PERALATAN
· Memerlukan peralatan latihan glove dan skipping rope

PROGRAM BINAAN
· Latihan bersama Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, tarikh bergantung kepada kegunaan pengangkutan coaster MSN P.Pinang untuk membawa atlet dari PLN Titi Mukim ke Akademi Serantau atau MSNPP.

ULASAN
1. Pihak USPTN telah menerima surat tawaran rasmi kemasukan ke dalam Program Pra Pelapis Serantau. Seramai empat orang atlet dari negeri Pulau Pinang telah ditawarkan bagi program ini iaitu Sheikh Rahmatullah Bin Ibrahim, Muhammad Haziq Bin Nazri, Muhammad Adli Bin Rasidi dan Muhammad Adam Bin Azizi. PPN telah memberi sedikit taklimat tentang tawaran ke Akademi Serantau dan menyerahkan surat tawaran tersebut kepada atlet-atlet terlibat.
2. PPN dalam proses mengemaskini data atlet bagi pendaftaran sesi Julai - Disember 2017. Terdapat tambahan atlet bagi pendaftaran kedua pada tahun ini.
3. Latihan berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jurulatih. Petang ini merupakan latihan terakhir di bulan ramadan kerana latihan pada hari jumaat dibatalkan untuk memberi peluang kepada atlet-atlet membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
4. Pihak USPTN dan PPN mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada jurulatih, atlet dan ibubapa bagi sukan tinju.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved