Friday, March 20, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN TAEKWONDO 1/2015

Tarikh : 19 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 5.30 petang – 7.00 malam
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Pn. Mariani Binti Sanawi- Pegawai Belia & Sukan ISNPP
2. En. Azizi Bin Shafie – Pembantu Belia & Sukan ISNPP
4. En. Syukri Bin Ishak – Pelajar Praktikal
5. En. Ibtisam Bin Jamil – Pelajar Praktikal
6. En. Rajendran
7. En. Gunasegaran Maniveloo
8. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
9. Atlet- 10 lelaki & 4 wanita
10. Atlet Serantau – 4 lelaki

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan bagi mengetahui kepentingan kecergasan fizikal, menganalisis dan menyimpan rekod kecergasan fizikal, melakukan tindakan untuk meningkatkan kecergasan fizikal sendiri melalui perancangan aktiviti kecergasan terancang.

Pada hari ini Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Satelit Institut Sukan Negara Pulau Pinang telah mengadakan Ujian Kecergasan untuk atlet Takwondo bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seramai 4 orang pegawai dari Institut Sukan Negara Pulau Pinang (ISNPP) telah  terlibat yang di ketuai oleh Pn. Mariani Binti Sanawi selaku Ketua Penguji untuk sesi ujian kali ini.

Program bermula pada jam 5.30 petang dengan sesi pemanas badan yang dikelolakan oleh pihak Pusat Satelit ISNPP. Atlet telah diuji dengan beberapa ujian seperti berikut :-

1. Antropometric Measures
- Height 
- Body Weight

2. Power
- Standing Broad Jump

3. Muscular Strength
- Hand Grip test

4. Speed
- 20 Meter Sprint 

5. Agility
- Illinois Agility Test

6. Aerobic Capacity
- Yo-yo Endurance

Sekalung tahniah kepada atlet-atlet yang telah memberikan komitmen sepanjang ujian kecergasan dijalankan. Juga penghargaan buat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), USPTNPP dan ISNPP atas kejayaan penganjuran program ini.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved