Monday, March 16, 2015

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN DAN BAWAH 16 SIRKIT 1/ 2015

Tarikh : 12 - 15  Mac 2015
Tempat : Kompleks Belia Dan Sukan Batu Uban Pulau Pinang.

Edisi 2015 Pulau Pinang telah menganjurkan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan dan bawah 16 Tahun. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Angkat Berat Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negara serta Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan ini adalah kejohanan yang pertama pada tahun 2015. Seramai 149 peserta (L:110, W:39) telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Untuk makluman pingat diberi mengikut kiraan keseluruhan angkatan (snatch dan clean & jerk).

Berikut pencapaian atlet Pulau Pinang untuk acara yang dipertandingkan :

Kategori 56Kg (Terbuka)
1. Mohd Harith Lutfie Adnan
Snatch : 88 kg 
Clean n Jerk : 108 kg
Jumlah Angkatan :196kg 

Kategori 50kg (U16)
1. Muhd Ariff Zikir Mohd Khosim
Snatch : Tiada Angkatan
Clean n Jerk : 60 kg
Jumlah Angkatan : 60 kg

Kategori 56kg (U16)
1. Muhd Firdaus Mohd Fadli
Snatch : 55 kg
Clean n Jerk : 65 kg
Jumlah Angkatan : 120 kg

Kategori 69kg (U16) 
1. Mohd Azri Syafiq Suhaimi
Snatch : 65 kg
Clean n Jerk : Tiada Angkatan
Jumlah Angkatan : 65 kg

2. Rozaili Mohd Alkhashah
Snatch : 60 kg
Clean n Jerk : 80 kg
Jumlah Angkatan : 140 kg

Kategori 77kg (U16)
1. Mohd Hazwan Abdul Wahab
Snatch : 65 kg
Clean n Jerk : 88 kg
Jumlah Angkatan : 153 kg

Kategori 85kg (U16)
1. Ilman Ramadhan Syah B Manap
Snatch : 70 kg
Clean n Jerk : 90 kg
Jumlah Angkatan : 160 kg (Gangsa)

Kategori 62kg (U16)
1. Muhd Afzan B Azizi
Snatch : Tiada Angkatan
Clean n Jerk : Tiada Angkatan
Jumlah Angkatan : Tiada Angkatan

Untuk makluman atlet yang berumur 16 tahun baru sahaja melepasi had Kelayakan pertandingan dan pertama kali menyertai kejohanan Kebangsaan. Secara keseluruhan atlet-atlet telah menunjukkan prestasi yang baik kerana berjaya memecahkan rekod peribadi mereka. 

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan dan Bawah 16 Tahun 2015.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved