Tuesday, March 3, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 27/2/2015 (Jumaat)
Masa : 3.30  petang hingga 5.00 petang
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP)

KEHADIRAN
1. Mr. Ooi Thai Seng
2. PPN Mohamad Suhairi Bin Othman
2. 3 Orang atlet pelapis

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Air Pistol Men
3. Air Pistol Women
4. Cooling down

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Menembak Pelapis Zon Utara Siri 1/2015 pada 20 hingga 22 Mac 2015 di Perlis.

ULASAN
1. Atlet-atlet telah menyertai Kejohanan pertama bagi tahun ini pada Kejohanan SportExcel/NSC/MILO/NSAM 1st Malaysian Junior Shooting Championships 2015 yang berlangsung dari 12 hingga 15 Februari 2015 di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor.
2. Seramai 6 orang atlet yang terdiri daripada 3 lelaki dan 3 wanita telah mengambil bahagian di pertandingan tersebut.
3. PPN turut berbincang dengan Mr Ooi Thai Seng berhubung lantikan jurulatih. Sehingga kini dimaklumkan Pihak Kelab Menembak Pulau Pinang masih tidak menemui calon sesuai bagi menggantikan JPM Ivarn Syazwan. Jurulatih sementara iaitu En. Ngiam tidak dapat menjadi JSM berikutan komitmen kerja.
4. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana menghadiri aktiviti sekolah dan tuisyen.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved