Saturday, March 21, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON UTARA SIRI 01/2015

Tarikh : 20 Mac 2015 (Jumaat)
Tempat : Majlis Sukan Negeri, Perlis Indera Kayangan.

Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 1/2015 telah membuka tirai pada tahun 2015 dimana penganjuran pertama dilaksanakan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perlis. Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 20 hingga 22 Mac 2015 bertempat di Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar. Sebanyak 3 negeri (Kedah, Perlis & Pulau Pinang) telah mengambil bahagian yang melibatkan sebanyak 5 sukan dipertandingkan iaitu Memanah, Sepak Takraw, Tinju, Angkat Berat dan Olahraga.

Pergerakan kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang secara berperingkat pada jam 9.00 pagi dan 6.00 petang dan tiba di penginapan masing-masing (Putra Putri Lodge) pada jam 12.00 tengahari dan 10.00 malam. Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :-


Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan atlet-atlet pembangunan. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana pendedahan pertandingan peringkat Zon sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih tinggi. Kejohanan ini juga adalah medan atlet-atlet bertemu serta berkumpul bagi merapatkan hubungan silahturahim.

Untuk hari ini, Pasukan Pulau Pinang telah memulakan sesi latihan di lokasi yang telah ditetapkan. Latihan yang dijalankan adalah sebagai persiapan untuk berjuang pada keesokan harinya. Hanya sukan Memanah sahaja yang memulakan "Sightest" dan "Pemeriksaan Peralatan" pada sesi petang (20 Mac 2015).

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan yang terlibat telah selesai diadakan dimana fasa sebelah petang hanya sukan Angkat Berat, Memanah dan Olahraga manakala bagi sukan Tinju & Sepak Takraw bermula pada sebelah malam. Secara keseluruhan pada mesyuarat kali ini tiada isu-isu berbangkit. Pada sebelah malam, pihak tuan rumah telah membuat sesi timbang berat untuk sukan Angkat Berat sebelum bermula kejohanan sebenar.

Untuk makluman Pengurus Sukan Pelapis Negeri iaitu Encik Vimalan a/l Palaniappan turut hadir ke Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 1/2015. Kehadiran beliau pada kejohanan kali ini sebagai Pegawai Pemantau mewakili Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan dari Perlis.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved