Friday, March 6, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 05 Mac 2015 (Rabu)
Masa : 8.30 pm - 10.30 pm
Tempat : Machang Bubok, Bukit Mertajam

KEHADIRAN
1. Jurulatih - En. Arshad Bin Abu Seman
2. Atlit – 13 orang

LATIHAN
1. Teknik Snacth dan Clean & Jerk
2. Teknik Kekuatan Kaki

UJIAN
1. Ujian Kecergasan akan dijalankan di SMK Tasek pada Bulan April 2015.

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Utara Siri 1/2015.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Peralatan telah diterima dan telah diserahkan kepada Jurulatih.

PROGRAM BINAAN
1. Latihan Bersama akan dijalankan bersama Pelapis Kebangsaan di Majlis Sukan Negara selepas Kejohanan Zon Utara Siri 1.

ULASAN
1. Pusat Latihan adalah di SMK Tasek Simpang Ampat dan latihan dijalankan pada waktu petang dan pada sebelah malam latihan dijalankan di Machang Bubuk iaitu di rumah Jurulatih En Arshad kerana terdapat atlet yang berdekatan dengan rumah beliau.
2. Kehadiran atlet memuaskan memandangkan latihan dijalankan pada sebelah malam.
3. Untuk makluman seorang atlet di bawah seliaan beliau telah menerima tawaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk Program YOG iaitu Khairul Iqmal Bin Arshad pada 1 Mac 2015 yang lalu.
4. Jurulatih memohon bantuan peralatan seperti Platform, Bar lelaki dan wanita serta Plat.
5. Jurulatih juga memaklumkan untuk mencari atlet bawah 12 tahun dan cadangan untuk membuat TID di SK Tasek kerana sekolah tersebut bersebelahan dengan Pusat Latihan iaitu di SMK Tasek.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved