Friday, May 9, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 8 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 4.00 PM hingga 6.00 PM
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Wong Kee Hing, Mathew (JSM)
3. Aaron Soyza (JSM MSNPP)
4. 12 orang atlet pelapis dan pembangunan

LATIHAN
1. Warm up and stretching
2. Sparring training
3. Forehand and Backhand training
4. Lob training

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Telah menyertai Kejohanan CIMB National Junior Circuit 2014 - Leg 2 pada 1 hingga 4 Mei 2014 di Gelanggang Skuasy MSK, Kuantan, Pahang.
2. Kejohanan Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) 2014 - 5th Leg dari 9 hingga 12 Mei 2014 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

ULASAN
1. Atlet-atlet bagi kategori umur bawah 15 tahun, 17 tahun dan 19 tahun baru sahaja selesai menyertai Kejohanan Skuasy CIMB National Junior Circuit 2014 - 2nd Leg pada 1 hingga 4 Mei 2014 bertempat di Gelanggang Skuasy MSK, Kuantan, Pahang. Seramai 14 orang atlet (7 Lelaki & 7 Wanita) dari Program Pelapis Negeri telah mengambil bahagian pada pertandingan ini.
2. Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) 2014 - 5th Leg dari 9 hingga 12 Mei 2014.
3. Jurulatih memberi fokus kepada atlet yang bakal menyertai Temasya Sukan Malaysia  XVII (SUKMA) 2014, Perlis yang dijadualkan bermula pada 24 hingga 29 Mei 2014.  Jurulatih Khoo Teng Hin (JPM) & Aaron Soyza (MSNPP) akan mengiringi atlet skuasy Pulau Pinang di SUKMA 2014.
4. Semoga atlet-atlet SUKMA 2014 mempamerkan prestasi terbaik dan memperoleh kejayaan di temasya tersebut.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved