Friday, May 16, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 15 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 5.30 pm
Tempat : SMK Mutiara Impian

KEHADIRAN
1. Jurulatih : En. Ahmad Rahimi dan En. Baharuddin 
2. Atlet : 23 Atlet

LATIHAN
1. Tubi Tekong ke sasaran
2. Kawalan Bola dalam gelanggang
3. Tubi Killer & Feeder
4. Break Ball (feeder)

UJIAN
1. Jurulatih akan memaklumkan kepada PPN berkenaan dengan ujian yang berkaitan dengan Sepak Takraw dari masa ke semasa.

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2/2014 pada 20 hingga 22 Jun 2014 di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban.

KECEDERAAN
- Tiada –

PERALATAN
1. Terdapat banyak bola yang pecah, memohon untuk mendapatkan bola takraw, tali skipping dan pemberat kaki.

PROGRAM BINAAN
- Tiada –

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dan lancar.
2. Terdapat 6 atlet telah terpilih untuk mewakili Pulau Pinang pada SUKMA Perlis. atlet-atlet tersebut telah menjalani latihan bersama pasukan SUKMA dan memasuki Kem Fasa Akhir di UiTM Permatang Pauh.
3. Terdapat pasukan SM Teknik Nibong Tebal membuat latihan bersama Atlet PLN dan mendapat tunjuk ajar dari jurulatih pelapis.
4. Pertambahan atlet akan dilakukan pada bulan Jun 2014.
5. Dari pemerhatian yang dibuat, atlet-atlet bawah 13 tahun dapat menerima arahan teguran dari jurulatih dan bersungguh-sungguh dalam menjalani latihan.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved