Thursday, May 22, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING MSSPP BAWAH 12 TAHUN

Tarikh : 22 Mei 2014 (Khamis)
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari

Kira - kira 101 orang peserta melibatkan 20 buah sekolah seluruh Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Tenpin Bowling MSSPP 2014 yang telah berlangsung di Mega Bowling Center, Seberang Perai bermula 20 hingga 22 Mei 2014.

Kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama Unit Sukan Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang itu menyaksikan 3 kategori Perseorangan, Beregu dan Master Bawah 12 tahun Lelaki dan Wanita. Bagi kategori Perseorangan dan Beregu, pemain perlu menghabiskan sebanyak 4 games seorang manakala Master sebanyak 6 games untuk menentukan pemenang setiap kategori.

Pengerusi kejohanan, Puan Nooriani abdul Rahman berkata, kejohanan kali ini bertujuan memilih pemain yang layak untuk mewakili negeri ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang dijangka berlangsung pada 19 hingga 21 September 2014 di Pulau Pinang sebagai lokasi pertandingan.

Berikut dilampirkan keputusan mengikut kategori yang dipertandingkan :-

KATEGORI INDIVIDU LELAKI U12 TAHUN

1. Johan - Megat Zaqrul Haiqal (SJK Chung Hwa 3) - 908 jatuhan pin
2. Naib Johan - Muhammad Hariz Adlan Azman (SK Pauh Jaya) - 717 jatuhan pin
3. Ketiga - Brandon Lau Tze How (SJKC Kwang Hwa) - 613 jatuhan pin
4. Keempat - Muhammad Nur Hakimi (SK Alma Jaya) - 590 jatuhan pin

KATEGORI INDIVIDU WANITA U12 TAHUN

1. Johan - Anis Hadirah Anuar (SK Alma Jaya) - 618 jatuhan pin
2. Naib Johan - Nur Amirah Farihah (SK Mutiara Perdana) - 548 jatuhan pin
3. Ketiga - Ong Eileen (SJKC Lay Keow) - 518 jatuhan pin
4. Keempat - Nur Aliah Izzati (SK Bertam Indah) - 512 jatuhan pin

KATEGORI BEREGU LELAKI U12 TAHUN

1. Johan - SJK Chung Hwa 3 - 1378 jatuhan pin
2. Naib Johan - SK Pauh Jaya - 1295 jatuhan pin
3. Ketiga - SK Kepala Batas - 1067 jatuhan pin
4. Keempat - SK Alma Jaya - 1052 jatuhan pin

KATEGORI BEREGU WANITA U12 TAHUN

1. Johan - SK Alma Jaya - 1255 jatuhan pin
2. Naib Johan - SK Mutiara Perdana - 1176 jatuhan pin
3. Ketiga - SK Bertam Indah - 957 jatuhan pin
4. Keempat - SK Pauh Jaya - 890 jatuhan pin

KATEGORI MASTER LELAKI U12 TAHUN

1. Johan - Muhammad Hariz Adlan (SK Pauh Jaya) - 1066 jatuhan pin
2. Naib Johan - Megat Zaqrul Haiqal (SJK Chung Hwa 3) - 1005 jatuhan pin
3. Ketiga - Darwisy Aqil (SK Pauh Jaya) - 957 jatuhan pin

KATEGORI MASTER WANITA U12 TAHUN


1. Johan - Nur Amirah Farihah (SK Mutiara Perdana) - 939 jatuhan pin
2. Naib Johan - Anis Hadirah Anuar (SK Alma Jaya) - 927 jatuhan pin
3. Ketiga - Nur Alya Safiyya (SK Mutiara Perdana) - 866 jatuhan pin

PEMAIN TERBAIK LELAKI U12 TAHUN

1. Megat Zaqrul Haiqal (SJK Chung Hwa 3) - 2769 jatuhan pin

PEMAIN TERBAIK WANITA U12 TAHUN

1. Anis Hadirah Anuar (SK Alma Jaya) - 2257 jatuhan pin

Kejohanan MSSPP 2014 bagi kategori bawah 12 tahun melabuhkan tirai pertandingan dan pihak Unit mengucapkan sekalung tahniah kepada pemain yang layak ke MSSM. Seramai 8 pemain (4 lelaki & 4 wanita) layak ke MSSM.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari MBC, Seberang Perai
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved