Thursday, May 15, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 11 Mei 2014 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP)

KEHADIRAN
1. Encik Muhammad Ivarn Syazwan – JSM (USPTNPP)
2. Encik Zulkefli Bin Ismail - JSM (USPTN Kedah)
3. Cik Yanti (Majlis Sukan Negeri Perlis)
4. Encik Ooi Thai Seng (Setiausaha KMPP)
5. Cik Azira Binti Azizan - PPN USPTNPP

ATLET
1. 12 orang atlet (Pulau Pinang)
2. 4 orang atlet (Kedah)
3. 3 orang atlet (Perlis)

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Telah menyertai Kejohanan Menembak Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia pada 6 hingga 10 Mei 2014 di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Perlu membeli jaket baru bagi acara Air Rifle kerana jaket yang sedia ada tidak mencukupi dan rosak.

PROGRAM BINAAN
1. Talent ID akan dijalankan pada bulan Jun 2014 dan jurulatih memfokuskan akan mengambil atlet lelaki sahaja kerana kekurangan atlet lelaki.

ULASAN RINGKAS
1. Kelab Menembak Pulau Pinang telah menganjurkan pertandingan mini di antara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
2. Acara yang dipertandingkan ialah 10M Air Pistol Men, 10M Air Pistol Woman, 10M Air Rifle Men dan 10M Air Rifle Woman.
3. Tujuan pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada atlet negeri Kedah dan Perlis.
4. Pihak Kelab Menembak Pulau Pinang juga memaklumkan pertandingan mini diantara ketiga-tiga negeri akan dijalankan lagi pada masa hadapan bagi memantapkan lagi pasukan negeri-negeri yang terlibat dan supaya dapat menjalinkan kerjasama yang baik antara ketiga-tiga negeri.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved