Friday, May 2, 2014

LAPORAN HARI KETIGA & KEEMPAT SUKAN MENEMBAK KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

Tarikh   : 25 April 2014 (Jumaat) dan 26 April 2014 (Sabtu)
Tempat : Lapang Sasar Menembak Sungai Batu Pahat, Perlis.

Kejohanan Menembak Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 telah memasuki hari ketiga kejohanan iaitu pada 25 April 2014 (Khamis). Acara yang dipertandingkan pada hari ketiga kejohanan ialah 10M Air Pistol Lelaki. Pada hari ketiga kejohanan pasukan pelapis Pulau Pinang juga tidak meraih sebarang pingat.

Acara yang dipertandingkan pada hari keempat (terakhir) kejohanan 26 April 2014 (sabtu) ialah 10M Air Pistol Wanita. Pada hari terakhir pasukan pelapis Pulau Pinang telah berjaya merangkul tempat kedua dalam acara 10M Air Pistol Wanita bagi berpasukan.

Berikut adalah keputusan rasmi atlet Pulau Pinang pada hari ketiga dan keempat (terakhir) kejohanan :-

25 April 2014 (Jumaat)
Acara   : 10M Air Pistol Lelaki (Individu)
Lee Her Jun Jonathan - 520 x-4 (10/23)

Lim Weng Hong - 489 -1 (17/23)

26 April 2014 (Sabtu)
Acara   : 10M Air Pistol Wanita (Individu)
Elleen Lim Yi Ling - 354-x8 (6/23)
Cheng Xin Ying - 346 -x3 (9/23)
Kang Hui Lynn - 324 -x3 (14/23)

Acara   : 10M Air Pistol Wanita (Berpasukan)
Pingat Perak : Pulau Pinang - Mata 1024 x-14 (2/6)
Sekian sahaja laporan pada hari ketiga dan keempat (terakhir) Kejohanan Menembak Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved