Wednesday, April 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN ATLET SUKMA 2014 BAGI SUKAN MENEMBAK

Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Tarikh : 18 April 2014 (Jumaat)
Masa : 3:30 petang - 5:30 petang

KEHADIRAN
1. Encik Cheah Boon Chong – Ketua Unit ISNPP
2. Puan Loo Lean Hiong - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP
3. Puan Mariani Sanawi - Pegawai Belia Dan Sukan, Suaian Fizikal ISNPP
4. Puan Shahrina Haryani Binti Yaali - Penolong Pegawai Belia Dan Sukan ISNPP
5. Puan Intan Suliana Binti Sulaiman - Pembantu Tadbir ISNPP
6. Encik Muhammad Ivarn Syazwan - JSM USPTNPP
7. Puan Falissa Shabudin - Penyelaras MSNPP
8. Cik Azira Binti Azizan - PPN USPTNPP
9. Pelajar Praktikal ISNPP - 2 Orang

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan bagi menilai kecergasan atlet-atlet Pulau Pinang yang akan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) XVII, Perlis 2014. Ujian pada kali ini melibatkan atlet-atlet bagi sukan menembak yang terpilih menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XVII, Perlis 2014.

PENYERTAAN
1. 11 Orang atlet (5 Lelaki dan 6 Wanita)
2. Kesemua atlet yang terlibat merupakan atlet di bawah program Pelapis Negeri.

UJIAN KECERGASAN
1. BMI Test
2. Sit and Reach Test
3. Standing Broad Jump
4. Agility Test
5. Speed Test
6. Hand Grip Test
7. Bleep Test

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.Ujian pada kali ini merupakan medan bagi menguji kecergasan fizikal atlet-atlet yang bakal menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Perlis  2014.
2.Ujian ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Pusat Satelit ISN Pulau Pinang. 
3.Atlet-atlet yang terlibat menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi ujian dijalankan. 
4.Tahniah kepada atlet yang dapat menghadiri ujian pada kali ini.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved