Friday, April 11, 2014

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN SPORTEXCEL NSC-MILO-TM JUNIOR & SENIOR TAEKWONDO CIRCUIT 2014 - 2nd LEG

Tarikh : 11 April 2014 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Tempat : Dewan Cheng Aun Kong, Jejawi, Perlis Indera Kayangan.

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi Kejohanan SPORTEXCEL NSC-MILO-TM Junior & Senior Taekwondo Circuit 2014 - 2nd Leg telah dipengerusikan oleh Master R.Dhanaraj selaku Teknikal Chairman Pertandingan. Kejohanan ini akan berlangsung selama 2 hari bermula 12 April 2014 dan berakhir 13 April 2014. Melalui mesyuarat ini, sebanyak 22 negeri serta kelab telah mengesahkan penyertaan. Antara negeri yang mengambil bahagian adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan dan 11 kelab yang berdaftar. Seramai 356 atlet (221 lelaki & 135 wanita) telah mengesahkan penyertaan.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi mengesahkan penyertaan pasukan serta jumlah atlet yang bertanding pada kejohanan ini. Di samping itu juga, Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa kejohanan kali ini merupakan medan persiapan atlet setiap negeri sebelum menyertai temasya besar iaitu Sukan Malaysia 2014 Perlis yang akan berlangsung pada 24 Mei hingga 4 Jun 2014. Tuan Pengerusi juga memaklumkan bahawa tiada isu besar selain negeri Terengganu yang tidak dibenarkan bertanding pada kejohanan kali ini.

Sebanyak 8 kategori dipertandingkan selama 2 hari iaitu Lelaki & Wanita 9-11 Tahun, Lelaki & Wanita Bawah 14 Tahun, Lelaki & Wanita Bawah 17 Tahun dan Lelaki & Wanita Terbuka. Pertandingan kali ini menggunakan sebanyak 3 gelanggang dimana 1 gelanggang akan menggunakan sistem PSS (Protector Scoring System) dan 2 gelanggang menggunakan sistem ESS (Elektronik Scoring System). Hanya kategori lelaki & wanita terbuka sahaja menggunakan sistem PSS manakala kategori lelaki & wanita 9-11 tahun, 14 dan 17 tahun menggunakan sistem ESS.

Pertandingan akan bermula pada jam 8.00 pagi keesokkan hari dengan kategori lelaki terbuka, lelaki & wanita 14 tahun dan wanita 17 tahun. Mesyuarat Pengurus Pasukan ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved