Friday, April 25, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA DAN KEDUA KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014 BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh   : 23 April 2014 (Rabu) dan 24 April 2014 (Khamis)
Tempat : Lapang Sasar Menembak Sungai Batu Pahat, Perlis.

Kejohanan Menembak Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 membuka tirai pada 23 April 2014 (Rabu). Acara yang dipertandingkan pada hari pertama kejohanan ialah 10M Air Rifle Lelaki dan pasukan Pulau Pinang tidak mengambil bahagian dalam acara ini.

Acara yang dipertandingkan pada hari kedua kejohanan 24 April 2014 (Khamis) ialah 10M Air Rifle Wanita. Pada hari kedua kejohanan pasukan pelapis Pulau Pinang tidak meraih sebarang pingat.

Berikut adalah keputusan rasmi atlet Pulau Pinang pada hari kedua kejohanan :-

Acara   : 10M Air Rifle Wanita
Vernicia Hor Synn Yi - 385.2 x-7 (20/27)
Nur Fatihah Binti Md Amin - 369.6 x-2 (23/27)
Clarissa Cheam Hui Ying - 361.5 x-5 (25/27)
Sekian sahaja laporan pada hari pertama dan kedua Kejohanan Menembak Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014. Diharap pasukan pelapis Pulau Pinang dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik pada hari ketiga kejohanan.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved