Friday, April 18, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PEMILIHAN ATLET KE KEJOHANAN REMAJA KEBANGSAAN BAGI SUKAN TINJU (PULAU PINANG)

Tarikh : 17 April 2014 (Khamis)
Masa : 5.00 petang – 6.30 Petang
Tempat : Gelanggang Tinju MSN, Batu Uban, Pulau Pinang

Pada 17 April 2014 satu sesi pemilihan tinju untuk kejohanan Remaja Kebangsaan 2014 telah diadakan bagi memilih atlet mewakili Pulau Pinang ke kejohanan tersebut. Sesi sparring ini ditangguhkan pada mulanya atas permintaan jurulatih.

Sesi sparring ini telah disertai 3 buah pusat latihan iaitu Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Pusat Latihan Tinju Titi Mukim dan Kelab Indian Star Pulau Pinang dimana melibatkan 20 orang petinju. Sesi sparring dijalankan mengikut kategori berat yang dipertandingkan untuk Kejohanan Remaja Kebangsaan di Perlis nanti.

Seramai 12 peserta telah terpilih dari sparring yang telah dijalankan. Mereka dipilih melalui  penilaian 3 orang jurulatih iaitu Johny Kasiran, Zainuddin dan Arumugam. Sesi berakhir kira-kira 6.30 petang.

Tahniah kepada yang terpilih, semoga dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika Kejohanan nanti.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved