Monday, April 14, 2014

LAPORAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2014.

Tarikh : 10 hingga 13 April 2014
Tempat : Dewan MSN Ayer Keroh, Melaka

Kejohanan ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 10 hingga 13 April 2014 bertempat di Dewan MSN Ayer Melaka.

Sebanyak 14 pasukan telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan menggunan kiraan mata 21 (best of 3).

Bagi Pasukan Pulau Pinang regu Double hanya berjaya pada peringkat Separuh Akhir tewas kepada regu Perlis dan berkongsi tempat ketiga dan keempat dengan Negeri Sembilan. Bagi regu bawah 21 tahun pula tewas pada peringkat suku akhir tewas kepada SSTMI. Manakala regu bawah 18 tahun berjaya ke peringkat akhir dan berjaya memenangi pingat  emas dengan mengalahkan regu dari Negeri Pahang.

Untuk makluman, Kejohanan pada kali ini pihak penganjur telah menyediakan sedikit wang kemenangan kepada setiap pemenang. Bagi Regu Bawah 18 Tahun dan Bawah 21 Tahun, Johan akan membawa pulang pingat dan wang tunai RM 250.00, Naib Johan, pingat dan wang tunai RM 150.00 dan tempat ketiga dan keempat membawa pulang pingat dan wang tunai RM 100.00. Bagi Regu Bawah 21 Tahun (Double), Tempat pertama, Pingat dan wang Tunai RM 150.00, tempat kedua Pingat dan wang tunai RM 90.00 dan tempat ketiga RM 60.00.

Penganjur juga telah menyediakan pingat kepada pemain terbaik kategori regu bawah 21 tahun (termasuk kategori bawah 18 tahun) dan Kategori Double bawah 21 tahun. Bagi Pasukan Pulau Pinang Mohammad Suhail bin Zulfakir telah berjaya mendapat Apit Kiri terbaik dan pemain keseluruhan terbaik bawah 21 tahun.

Dari pemerhatian yang dibuat dari kejohanan ini para pemain Pulau Pinang menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kesungguhan dalam setiap perlawanan. Pemain-pemain menunjukkan peningkatan dari segi umpanan. Hasil dari pemerhatian dan ulasan dari jurulatih, pemain perlu memperbaiki rejaman dan service.

https://blogger.googleusercontent.com/img/proxy/AVvXsEggQ9T5X7mK_p2qwnjzCogYQoNQetoKOHIvJA7wTaCfKv-em_wBnEqiaTWKQXuPzNbGcAA340s_B_OTDvb57BWWfdmBkuFcTxAkNqZITZPlggwZshIY9VXVVphJ0NDkiyuVSmi879hB2sVFHIR94u5c=s0-d-e1-ftTahniah kepada pemain-pemain yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya tingkatkan usaha untuk kejohanan yang akan datang serta kepada jurulatih- yang tidak jemu melatih pemain-pemain sehingga berjaya. Tahniah diucapkan.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved