Friday, February 14, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 13 Februari 2014 (Khamis)
Masa : 5.30 pm
Tempat : SMK Mutiara Impian

KEHADIRAN
1. Jurulatih - Encik Ahmad Rahimi dan Encik Baharuddin
2. Atlet - 22 Atlet

LATIHAN
1. Tiada kerana menerima kunjungan dari SMK Barakhbah untuk perlawanan persahabatan.

UJIAN
1. Jurulatih akan memaklumkan kepada PPN berkenaan dengan ujian yang berkaitan dengan Sepak Takraw dari masa ke semasa.

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Seorang atlet yang mengalami kecederaan dibahagian lutut semasa Kejohanan Remaja Kebangsaan di Shah Alam semakin pulih dan telah pun menjalani latihan.

PERALATAN
1. Terdapat banyak bola yang pecah, memohon untuk mendapatkan bola takraw, tali skipping dan pemberat kaki.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Latihan telah dijalankan setelah tamat cuti persekolahan iaitu pada bulan Januari 2014.
2. Terdapat atlet baru umur 13 tahun akan di senaraikan dalam Program Pelapis.
3. Makluman dari jurulatih terdapat 2 atlet dari PLN ini telah menjalani latihan di Bukit Jalil di bawah Program Elit iaitu Mohd Zaim Razali (Apit Kiri) dan Mohd Syahir Mohd Rosdi (Tekong).
4. Menerima kunjungan dari SMK Barakhbah untuk perlawanan persahabatan di mana SMK Barakhbah akan menyertai Kejohanan MSSPP Peringkat Zon Seberang Perai Selatan.
5. Cadangan untuk lantikan JSM menggantikan JSM Encik Syamsulkamar yang telah bertukar tempat kerja dan menggantikan dengan Encik Baharuddin dimana beliau juga pernah menjadi JSM dibawah Program Pelapis dan seorang guru di sekolah terbabit.

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh
Akmal bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved