Saturday, February 22, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SPORTEXCEL NSC-MILO-MTBC MALAYSIAN JUNIOR CIRCUIT 2014 - PENANG LEG

Tarikh : 21 Februari 2014 (Jumaat)
Masa : 5.00 petang - 10.30 malam
Tempat : Mega Bowling Center, Prai


Hari ini Negeri Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC Malaysian Junior Circuit 2014 - Penang Leg yang bermula pada 21 hingga 23 Februari 2014 di Mega Bowling Center, Prai dengan penyertaan atlet secara keseluruhan seramai 275 orang atlet (172 lelaki & 103 wanita) dari semua negeri di seluruh Malaysia.

Sebanyak 6 kategori yang dipertandingkan pada kali ini iaitu Boys U12, Girls U12, Boys Graded, Girls Graded, Boys Open dan Girls Open. Kejohanan hari pertama telah bermula pada jam 5.30 petang dengan sesi pendaftaran serta semakan semua pasukan mengikut kategori dan hari ini hanya kategori Girls Graded dan Girls Open sahaja dipertandingkan. Pasukan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang telah membariskan atlet seramai 30 orang (18 lelaki & 12 wanita) untuk kejohanan kali ini.

Berikut disertakan keputusan bagi Skuad Pelapis Pulau Pinang mengikut kategori hari ini:-

GIRLS GRADED (ROUND 1)
1. Nur Amirah Fakhira Bt Azhlan - 1345 jatuhan pin (9/avg 168.13)
2. Kelly Lau Suet Kei - 1287 jatuhan pin (15/avg 160.88)
3. Iman Nur Qistina Bt Mohd Lok Pi - 1276 jatuhan pin (16/avg 159.50)
4. Melissa Khong Xia Yi - 1272 jatuhan pin (18/avg 159.00)
5. Alyaa Addini Bt Zulamri - 1236 jatuhan pin (25/avg 154.50)
6. Ummi Umaimah Bt Abdullah - 1213 jatuhan pin (27/avg 151.63)
7. Aina Alyaa Bt Zulamri - 1199 jatuhan pin (29/avg 149.88))
8. Nurul Eliana Bt Mohamad Yaacob - 1097 jatuhan pin (41/avg 137.13)

GIRLS OPEN (ROUND 1)
1. Nur Azreen Syahirah Bt Ahmad Rizal - 1391 jatuhan pin (12/avg 173.88)
2. Syazwani Bt Annuar - 1353 jatuhan pin (15/avg 169.13)

Bagi kategori Girls Graded dan Girls Open hanya 16 atlet teratas akan layak secara automatik ke pusingan kedua pada 23 Februari 2014 (Ahad)

Berikut nama atlet Pelapis Pulau Pinang yang layak ke pusingan ke-2 :

GIRLS GRADED

1. Nur Amirah Fakhira Bt Azhlan
2. Kelly Lau Suet Kei
3. Iman Nur Qistina Bt Mohd Lok Pi

GIRLS OPEN
1. Nur Azreen Syahirah Bt Ahmad Rizal
2. Syazwani Bt Annuar

Kejohanan untuk hari ini selesai pada jam 10.30 malam. Esok bersambung bagi kategori Boys Graded (9.30 pagi), Boys Open (1.30 ptg), Boys U12 dan Girls U12 (5.30 petang)

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved