Friday, February 28, 2014

LAPORAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG (MSSPP) 2014

Tarikh : 24 hingga 28 Februari 2014
Masa : 8.30 pagi hingga 6.30 petang
Tempat : Mega Bowling Center, Prai

Sekali lagi bertempat di Mega Bowling Center, Prai telah berlangsung Kejohanan Tenpin Bowling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang (MSSPP) kali ke-15. Kejohanan ini dijalankan selama 5 hari bermula 24 hingga 28 Februari 2014. Seramai 960 pemain mewakili 60 buah sekolah seluruh Pulau Pinang telah mengambil bahagian bersaing untuk kejohanan kali ini. Sebanyak 9 kategori telah dipertandingkan mengikut peringkat umur iaitu 15 tahun dan 18 tahun yang membabitkan lelaki dan wanita.

Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

1. Individu Wanita U15
2. Individu Lelaki U15
3. Individu Wanita U18
4. Individu Lelaki U18
5. Beregu Wanita U15
6. Beregu Lelaki U15
7. Beregu Wanita U18
8. Beregu Lelaki U18
9. Master U15 & U18 (lelaki & wanita)

Setiap kategori pemain perlu bermain sebanyak 4 games untuk mendapatkan keseluruhan jatuhan pin sebelum dinobatkan sebagai pemenang. Pemenang-pemenang pada peringkat ini akan terpilih mewakili MSSPP ke kejohanan MSSM yang akan berlangsung di Sunway Piramid, Kuala Lumpur pada 24 hingga 28 Mac 2014. Kelayakan pemain untuk layak ke MSSM berdasarkan pada jumlah jatuhan pin (Al Event + Master) dan 4 pemain teratas akan layak.

Berikut disertakan keputusan rasmi mengikut kategori sepanjang kejohanan ini berlangsung :-

24 Februari 2014 (Isnin)
INDIVIDU WANITA 15 TAHUN
1. Emas - Iman Nur Qistina (SMK Alma) - 655 jatuhan pin
2. Perak - Aina Alyaa (SMK Bkt Jambul) - 643 jatuhan pin
3. Gangsa - Alyaa Addini (SMK Bkt Jambul) - 633 jatuhan pin

INDIVIDU LELAKI 15 TAHUN
1. Emas - Ong Siang Leing (SMK Tun Hussein Onn) - 771 jatuhan pin
2. Perak - Muhammad Syauqi Iman (SMK Sbrg Jaya) - 621 jatuhan pin
3. Gangsa - Muhammad Akif Afif (SMK Sbrg Jaya) - 587 jatuhan pin

25 Februari 2014 (Selasa)
INDIVIDU WANITA 18 TAHUN
1. Emas - Anis Shazlin (SMK Pauh Jaya) - 845 jatuhan pin
2. Perak - Nur Amirah Auni (SMK Sbrg Jaya) - 704 jatuhan pin
3. Gangsa - Nurul Amelia Illani (SMK Sbrg Jaya) - 643 jatuhan pin

INDIVIDU LELAKI 18 TAHUN
1. Emas - Kelvin Tan Chun Shin  (SMJK Chung Hwa Confucion) - 875 jatuhan pin
2. Perak - Wan Zuhairi Izlan (SMK Sg Nibong ) - 809 jatuhan pin
3. Gangsa - Muhd Aidiel Al Bakri (SMK Teknik Tunku Abdul Rahman) - 777 jatuhan pin

26 Februari 2014 (Rabu)
BEREGU WANITA 15 TAHUN
1. Emas - SMK Bukit Jambul A - 1290 jatuhan pin
2. Perak - SMK Kampong Selamat - 1224 jatuhan pin
3. Gangsa - SMK Bukit Jambul B - 1116 jatuhan pin

BEREGU LELAKI 15 TAHUN
1. Emas - SMK Tun Hussein Onn - 1433 jatuhan pin
2. Perak - SMK Seberang Jaya - 1272 jatuhan pin
3. Gangsa - SMK Bukit Jambul B - 1168 jatuhan pin

27 Februari 2014 (Khamis)
BEREGU WANITA 18 TAHUN
1. Emas - SMK Seberang Jaya - 1414 jatuhan pin
2. Perak - SMK Pauh Jaya - 1321 jatuhan pin
3. Gangsa - SMK Perai - 1274 jatuhan pin

BEREGU LELAKI 18 TAHUN
1. Emas - SMK Chung Hwa Confucion - 1626 jatuhan pin
2. Perak - SMK Perai - 1531 jatuhan pin
3. Gangsa - SMKA Al-Irshad - 1405 jatuhan pin

Kejohanan tamat pada jam 6.30 petang. Bagi kategori Master akan bersambung pada esok hari jam 8.30 pagi.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved