Monday, February 10, 2014

LAPAORAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER - 1st LEG 2014

Tarikh : 8 Februari 2014 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Ampang Superbowl Summit Bukit Mertajam

Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master - 1rd Leg 2014 membuka tirai pada tahun ini. Kejohanan ini adalah kejohanan peringkat Remaja Negeri bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kejohanan ini adalah kejohanan dwi tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang (USPTN) dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP). Sebanyak 5 sirkit akan dijalankan sebelum memilih peserta yang layak untuk ke Grand Final mengikut jumlah jatuhan pin.

Kejohanan kali ini mempertandingkan 4 kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun, Boys Open dan Girls Open. Jumlah penyertaan untuk kesemua kategori adalah 96 orang.

1) Bawah U12 - 28 orang
2) Bawah U16 - 35 orang
3) Boys Open - 20 orang
4) Girls Open - 13 orang

JUMLAH - 96 orang

Berikut disertakan keputusan 3 teratas mengikut kategori yang dipertandingkan:-

Bawah 12 Tahun
1. Emas – Megat Zahrul Haiqal Bin Megat Zairudin (PNG) - total 1024/ave 167.7
2. Perak - Muhammad Hariz Adlan Bin Azman (PNG) - total 983/ave 160.8
3. Gangsa – Mohamad Akmal Haikal (PRK) - total 918/ave 153.00

Bawah 16 Tahun

1. Emas - Muhd Haziq Mohd Ridzuan (KDH) - total 1639/ave 201.9
2. Perak – Muhd Syazirol Bin Shamsudin (KDH) - total 1559/ave 191.9
3. Gangsa – Imran Az-Zahari Bin Zainon (PRK) - total 1458/ave 182.3

Girls Open

1. Emas - Nurul Nadia bitni Mohamad Yaacob (PRK) - total 1599/ave 196.9
2. Perak – Nur Amirah Auni Binti Azman (PNG) - total 1578/ave 197.3
3. Gangsa – Nur'ain Binti Mustaffa (NS) - total 1554/ave 191.3

Boys Open
1. Emas - Arif Bin Fauzi Shah (PRK) - total 1688/ave 211.0
2. Perak – Wan Mohamad Aiman Bin Wan Fikri (PRK) - total 1600/ave 197.0
3. Gangsa – Ahmad Zulkarnain Bin Ahmad Mazlan (KDH) - total 1581/ave 194.6

Kepada semua kita akan berjumpa lagi pada 2nd leg iaitu pertengahan bulan April 2014.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved