Monday, December 2, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN PERAHU LAYAR PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Tarikh : 27 November hingga 1 Disember 2013
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman

Bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, seramai 6 orang atlet telah menyertai Kejohanan Perahu Layar Peringkat Kebangsaan 2013. Kejohanan ini bermula pada 27 November hingga 1 Disember 2013. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Naib Presiden Pelayaran Malaysia (MYA) Datuk Mansor Ismail pada 28 November 2013.

Untuk perlumbaan pada 27 November atlit Pelapis Pulau Pinang telah menyertai acara Laser 4.7 (Men) & Optimist. Berikut keputusan mengikut acara yang disertai :

Laser 4.7 (Men) 

Muhd Hamdan Faiz Bin Ahmad Shukri (Tempat ke 13)

Optimist (Division A)

Ibnu Assyad bin Mohd Yusof (Tempat ke 7)

Optimist ( Division B)

Israr Hazim Bin Ismail (Johan)

Mohd Syamim Azim Bin SHahari ( Tempat  ke 4)

Azlee Bin Samsuddin  (Tempat ke 25)

Optimist Wanita (Division C)

Nurul Syazwanie Bt Mohd Saad (Tempat ke 8)

MAKLUMAN Pemantauan saya di Kejohanan ini  bermula pada hari khamis hingga Jumaat sahaja. Pada Jumaat malam saya berangkat ke Kuala Lumpur untuk ke Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan dan Kejohanan Tinju Remaja yang berlangsung serentak pada tarikh yang sama.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved