Thursday, December 12, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI 2013

Tarikh : 11 hingga 13 Disember 2013
Tempat : Pusat Latihan Pahlawan Lake Resort, Jitra, Kedah Darul Aman
Masa : 12.35 petang hingga 12.30 pagi

Kem Tahunan Atlet Pelapis Negeri 2013 akan berkampung selama 3 hari 2 malam di Pusat Latihan Paya Pahlawan Lake Resort, Jitra, Kedah. Penyertaan atlet telah melibatkan beberapa sukan seperti sukan Menembak, Memanah, Olahraga dan Tinju dimana melibatkan seramai 63 orang termasuk pegawai dan jurulatih. Pada kem kali ini aktiviti akan dikendalikan oleh kakitangan USPTN dan jurulatih dimana hanya aktiviti "outdoor" akan diserah sepenuhnya kepada khidmat jurulatih yang terlatih dan berkelayakan.

Perjalanan program pada hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran serta taklimat ringkas daripada urusetia sebelum atlet dibenarkan untuk masuk ke bilik penginapan yang disediakan. Tepat jam 2.30 petang sesi pertama iaitu "suai kenal" akan dijalankan dimana sesi ini merangkumi kepada games, pembentukan kumpulan, pembinaan moto dan logo kumpulan. Aktiviti diteruskan pada jam 5.30 petang dengan "management games" yang melibatkan 5 kumpulan. Setiap atlet dalam kumpulan ditugaskan untuk menyelesaikan permasalahan yang diberi oleh urusetia untuk menilai kreativiti,kecekapan dan kerjasama dalam kumpulan.

Pada sesi sebelah malam, atlet telah diserahkan kepada jurulatih terlatih untuk mengendalikan aktiviti "Night Walk" selama 2 jam. Objektif aktiviti ini untuk menguji tahap ketahanan fizikal,mental dan emosi setiap atlet. Ia juga membentuk semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan.

Aktiviti hari ini tamat pada jam 12.30 pagi dan akan bersambung pada esok hari seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Sekian,Terima Kasih.

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved