Monday, December 9, 2013

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH ZON UTARA 2/2013

Tempat : Padang Politeknik Seberang Perai (PSP)
Tarikh : 8 Disember 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 am - 1.00 pm

Kejohanan Memanah Zon Utara 2/2013 bertempat di Padang Politeknik Seberang Perai (PSP) menutup tirainya hari ini. Kejohanan yang berlangsung dari 6 hingga 8 Disember 2013 berlangsung dengan lancar dan baik sepanjang tiga hari  pertandingan dijalankan. Hari terakhir kejohanan mempertandingkan acara bagi jarak Double 30 meter Individu Lelaki dan Wanita. Bermula pukul 8.00 pagi dengan latihan rasmi. Seterusnya, pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari setiap pemanah meneruskan aksi untuk acara jarak Double 30 meter.Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Ajmir Bin Mohd Saill, Pemangku Ketua Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum dan Kebudayaan, Politeknik Seberang Perai (PSP).

Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan.

DOUBLE 50 METER

Lelaki
1. Mohd Saqif (Kedah) - 588
2. Muhammad Aidil Ikhwan (Perlis) - 569
3. Nurhan Hadif (Perlis) - 569
4. Mohd Naim (Penang) - 564

Wanita
1. Amira Areena (Penang) - 573
2. Nur Izzah (Kedah) - 572
3. Kayalvili (Penang) - 560
4. Siti Maisarah (Penang) – 557

DOUBLE 30 METER

Lelaki
1. Mohd Saqif (Kedah) - 634
2. Alief Hamdhani (Kedah) - 597
3. Satheeswer Kawndar (Penang) - 589
4. Aizul Akmal (Perlis) - 577

Wanita
1. Rebecca Wong (Penang) - 614
2. Kayalvhilly (Penang) - 596
3. Siti Maisarah (Penang) - 584
4. Audrey Wong (Penang) - 580

INDIVIDU KESELURUHAN

Lelaki
1. Mohd Saqif (Kedah) - 1222
2. Muhammad Aidil Ikhwan (Perlis) - 1141
3. Aizul Akmal (Perlis) - 1134
4. Mohd Naim (Penang) - 1123

Wanita
1. Kayalvhilly (Penang) - 1156
2. Rebecca Wong (Penang) - 1145
3. Siti Maisarah (Penang) - 1141
4. Amira Areena (Penang) - 1138

Akhir kata, sekalung tahniah buat pemenang-pemenang pingat bagi kategori masing-masing. Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Politeknik Seberang Perai sebagai penyedia venue dan penginapan pada kejohanan pada kali ini. Juga tidak lupa kepada semua yang terlibat menjayakan penganjuran Kejohanan Memanah Zon Utara 2/2013.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved