Sunday, December 8, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH ZON UTARA 2/2013

Tempat : Padang Politeknik Seberang Perai (PSP)
Tarikh : 6 Disember 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 am - 12.30 pm

Negeri Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Memanah Zon Utara 2/2013 bermula dari 6 hingga 8 Disember 2013 bertempat di Padang Politeknik Seberang Perai (PSP),Permatang Pauh, Bukit Mertajam. Kejohanan pada kali ini mempertandingkan acara double 50 meter dan double 30 meter. Tiga Negeri telah mengesahkan penyertaan iaitu dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menyaksikan seramai 49 orang atlet mengambil bahagian. Hari pertama  pada hari ini bermula dengan pendaftaran pemain dan mesyuarat pengurus pasukan iaitu pada jam 3.45 petang. Seterusnya diteruskan dengan pemeriksaan peralatan (tackle inspection) dan sighters. Hari kedua esok akan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan official sighters dan acara double 50 meter.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved